Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Buku Teks Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Di Transformasikan

Bagi menyahut saranan dan komitmen pihak atasan agar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkasakan, JAKIM melalui Bahagian Pendidikan telah mentransformasikan kaedah penyediaan buku teks KAFA JAKIM dengan melantik penulis dan penyemak yang berkelayakan untuk menyediakan dan penyemak pruf serta isi kandungan.
 
Bagi tujuan semakan pruf isi kandungan dan buku teks tersebut, Mesyuarat Kerja Semakan Akhir Pruf dan Isi Kandungan Buku Teks KAFA bagi tahun 2 dan 3 telah dilaksanakan. Bengkel ini telah diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Kompleks TH Sepang pada 9 hingga 12 Mac 2021 lalu. Bengkel ini berobjektifkan menyemak pruf dan isi kandungan buku teks KAFA Tahun 2 dan 3. Seramai 40 orang penyemak yang terdiri dari kalangan guru-guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pegawai-pegawai dari JAKIM telah memberikan komitmen yang terbaik dalam menyemak, mengesah dan memperaku semua isi kandungan bagi 8 subjek utama KAFA. Sebanyak 32 buah buku daripada pelbagai syarikat penerbitan telah di tapis dan disemak bagi menentukan ketepatan isi kandungan dan kesesuaian buku-buku teks berkenaan.
 
Mesyuarat Kerja Semakan Akhir Pruf dan Isi Kandungan Buku Teks KAFA tahun 2 dan 3 telah ditangguhkan secara rasminya oleh YBrs. Dr. Lokman bin Ab. Rahman Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan.
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 1
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 2
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 3
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 4
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 5
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 6
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 7
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 8
 
Buku Teks KAFA JAKIM Di Transformasikan 9
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364