Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Cerapan Hilal Muharam 1444H Dan Sambutan Bulan Falak Malaysia Tahun 2022 Sepanjang Bulan Muharam

29 Zulhijah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 (Jumaat) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Negeri-Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan penyelidik Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah mengadakan cerapan Hilal Muharam 1444H di beberapa lokasi cerapan rasmi dan tak rasmi di seluruh negara.

JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan bekerjasama dengan Apadilangit dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri menjayakan Bulan Falak Kebangsaan (Malaysia) sepanjang bulan Muharam ini dalam merencanakan pelbagai aktiviti samada di peringkat Kebangsaan, negeri, daerah dan setempat bagi menyemarakkan sambutan Bulan Falak Malaysia pada tahun ini.

Siaran langsung Cerapan Hilal Muharam 1444H ini telah dijayakan sebagai program pembukaan Bulan Falak Malaysia. Siaran ini dihoskan oleh Apadilangit telah menampilkan selingan ceramah berkaitan cerapan hilal yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Ibrahim bin Azam daripada Seksyen Kajian Falak JAKIM.

Hilal Muharam 1444H telah berhasil dicerap di beberapa lokasi seperti Telok Bandung, Sarawak, Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Perak, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam dan Pantai Acheh Pulau Pinang. Maklumat lanjut boleh layari https://myrhk.islam.gov.my/index.php/main/cerapan_bulan .

Cerapan Hilal Muharam 1444H 1

Cerapan Hilal Muharam 1444H 2

Cerapan Hilal Muharam 1444H 3

Cerapan Hilal Muharam 1444H 4

Cerapan Hilal Muharam 1444H 5

Cerapan Hilal Muharam 1444H 6

ANTARA PROGRAM SEPANJANG BULAN FALAK MALAYSIA

Cerapan Hilal Muharam 1444H 7

Cerapan Hilal Muharam 1444H 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370