Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka

18 Julai 2024 – Seramai 14 orang peserta program “Islamic Affairs in Malaysia: Governance & Administration Course 2024” dari Negara Sri Lanka telah mengadakan lawatan kerja ke kampus Darul Quran. Lawatan ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan peserta mengenai pengurusan bidang tahfiz di Darul Quran di samping menjadi salah satu pengisian slot dalam program mereka.

Para peserta lawatan telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Pendaftar, Encik Azizuddin bin Mohd Hashim. Mereka diberikan taklimat komprehensif mengenai pengurusan pentadbiran dan akademik Darul Quran serta dibawa melawat fasiliti-fasiliti utama yang terdapat di kampus termasuk kelas pengajian, Auditorium, kelas braille, Pusat Islam dan perpustakaan.

Menariknya, lawatan ini juga bertepatan dengan musim durian di Malaysia. Para pelawat turut berkesempatan dijamu dengan buah durian yang sinonim dengan negara ini, memberikan mereka pengalaman unik dan kenangan manis sebelum beredar pulang. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Puan Norasmah binti Ismail dan Encik Mohd Zaki bin Abdullah Shokri dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi yang turut berperanan sebagai sekretariat program.

Lawatan kerja ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan dua hala antara Darul Quran dan institusi-institusi Islam di Sri Lanka serta membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang pendidikan Islam di masa hadapan.


Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 02

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 03

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 01

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 04

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 05

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 06

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 07

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 08

Darul Quran Terima Lawatan Kerja Delegasi Sri Lanka 09

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354