Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Diskusi Fiqh Siri 1 : Kitab: الحلال والحرام في الإسلام (Karangan يوسف القرضاوي )

Bangi, 17 Januari - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Program Diskusi Fiqh Siri 1 pada 17 Januari 2022 (Isnin) secara atas talian dan bersemuka. Sejumlah 50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Kursus ini diadakan bertujuan memperkasakan penguasaan ilmu fiqh menggunakan Kitab Turath di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam. Pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab, menggunakan Kitab: ?????? ??????? ?? ??????? yang dikarang oleh ???? ???????? .

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, Pengarah Jaringan Industri, Koleh Dar Al-Hikmah. Semoga kelas pengajian ini mampu memberi pendedahan dan meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu Fiqh.

Diskusi Fiqh Siri 1 Kitab 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/922-diskusi-fiqh-siri-1-kitab-karangan

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369