Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Diskusi Fiqh Siri 6 : Kitab: al-‘Iqna’ Fi Hallin Al-Faz Abi Shujaa’

Bangi, 07 Julai  - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Diskusi Fiqh Siri 6 /2021  (Secara Dalam Talian) pada 7 Julai 2021 melalui platform Google Meet. Sejumlah 91 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Agensi-Agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif program ini diadakan bagi memperkasakan penguasaan ilmu fiqh menggunakan Kitab Turath di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam. Kitab al-‘Iqna’ Fi Hallin Al-Faz Abi Shujaa’ yang dikarang oleh Muhammad al-Syarbiinii al-Khotib digunakan sebagai rujukan bagi pembelajaran dan perbincangan. Menerusi siri kali ini, Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil sebagai penceramah program telah mengupas bab al-‘at’imah (makanan) secara lengkap dan memasuki perbincangan bab al-‘udhhiah (sembelihan).

Semoga kelas pengajian ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi pendedahan dan kefahaman serta meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu fiqh. Pembelajaran fiqh bukan sahaja untuk mengetahui hukum-hukum yang ditetapkan, bahkan sepertimana yang diungkap oleh Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, pembelajaran fiqh juga adalah satu tajdid iaitu bagi meresapkan ilmu dan aplikasi fiqh dalam kehidupan.

Diskusi Fiqh Siri 6 Kitab al Iqna Fi Hallin Al Faz Abi Shujaa

sumber dari https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/819-berita-diskusi-fiqh-siri-6-kitab-al-iqna-fi-hallin-al-faz-abi-shujaa-karangan-muhammad-al-syarbiinii-al-khotib
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369