Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 2 2023 Skim Pelaburan Vs Skim Penipuan

Putrajaya – 25 Ogos 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 2/2023   yang memberi fokus terhadap isu scam dalam skim pelaburan yang kini sedang berleluasa dipromosikan terutamanya secara online. Diskusi yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sehingga jam 11.30 pagi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran kepada masyarakat mengenai skim pelaburan yang sah dan diiktiraf oleh Kerajaan agar masyarakat terhindar daripada menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Topik ini telah dikupas oleh dua (2) orang panel jemputan iaitu Encik Kamarul Rozman bin Nordin dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin iaitu Penasihat Syariah Institusi Kewangan Malaysia. Diskusi ini dihoskan oleh Ustaz Muhammad Nabil bin Mohd Ismail dari Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan twitter.

Diskusi Isu Isu Semasa Muamalat Siri 2 2023 Skim Pelaburan Vs Skim Penipuan 1

Diskusi Isu Isu Semasa Muamalat Siri 2 2023 Skim Pelaburan Vs Skim Penipuan 2

Diskusi Isu Isu Semasa Muamalat Siri 2 2023 Skim Pelaburan Vs Skim Penipuan 3

Diskusi Isu Isu Semasa Muamalat Siri 2 2023 Skim Pelaburan Vs Skim Penipuan 4

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354