Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Diskusi Kitab : Syarah Safinatun Naja Perkasa Kefahaman Syariah Pelajar

7 September 2025 – Darul Quran melalui Jabatan Syariah, Seksyen Ulum Islamiah, Cawangan Akademik dengan jayanya telah menganjurkan Program Diskusi Kitab Safinatun Naja bertempat di Auditorium Darul Quran JAKIM.

Program ini telah menampilkan penceramah tersohor iaitu Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Penasihat Syariah Galeri Ilmu Sdn Bhd sebagai penceramah utama.
Diskusi ilmiah ini bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu di luar kuliah, memperkukuh kefahaman terhadap hukum-hakam Syariah serta menggalakkan budaya diskusi dalam kalangan pelajar. Program turut membuka ruang kepada pelajar bagi merasai pengalaman dari tokoh ilmuan secara langsung mengenai cara membaca dan memahami kandungan kitab turath.

Sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 100 orang telah membuktikan minat tinggi dalam kalangan pelajar pelbagai syukbah terhadap ilmu-ilmu turath dan perbincangan semasa. Menariknya, program turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menambahkan lagi keceriaan dan semangat peserta untuk bersama hingga ke penghujung majlis.

Syarah Safinatun Naja Perkasa Kefahaman Syariah Pelajar 01

Syarah Safinatun Naja Perkasa Kefahaman Syariah Pelajar 02

Syarah Safinatun Naja Perkasa Kefahaman Syariah Pelajar 03
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369