Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

DQ Adakan Lawatan Ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman

10 November 2023 - Seramai lima orang pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Pusat pemurnian yang terletak di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor ini merupakan sebuah pusat pemulihan akidah dan akhlak (sosial) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan terhadap usaha-usaha yang dilakukan untuk menangani isu semasa akidah yang wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Selain itu pihak DQ juga berhasrat untuk bertukar-tukar pandangan mengenai langkah dan kaedah bagi pemurnian akidah yang telah dilaksanakan oleh Baitul Iman.

Ketibaan delegasi DQ telah disambut mesra oleh Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Puan Mazlina binti Osman bersama lima orang pegawai yang lain. Dalam kunjungan ini, pihak DQ telah diberikan taklimat menyeluruh berkenaan dengan latar belakang, fungsi dan aspek-aspek pemurnian masalah akidah serta sosial yang dilaksanakan di Baitul Iman ini. Pihak DQ juga dibawa melawat sekitar pusat pemurnian iaitu merangkumi fasiliti asrama, bilik pengasingan individu, dewan makan, surau, bilik kuliah, perpustakaan, bengkel masakan, bengkel automotif, padang dan gelanggang sukan.

Sesi kunjungan hormat ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata. Diharapkan pertemuan ini sedikit sebanyak dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi.

DQ ADAKAN LAWATAN 1

DQ ADAKAN LAWATAN 2

DQ ADAKAN LAWATAN 3

DQ ADAKAN LAWATAN 4

DQ ADAKAN LAWATAN 5

DQ ADAKAN LAWATAN 6

DQ ADAKAN LAWATAN 7

DQ ADAKAN LAWATAN 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370