Berita
Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk Eratkan Ukhuwah
PUTRAJAYA, 28 Mei 2019 - Keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan dalam mengeratkan ukhuwah sesama ummah terus dihayati apabila Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menganjurkan program gotong-royong penyediaan bubur lambuk yang disertai oleh warga kerja di Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM.
Program gotong-royong yang dianjurkan kali ini turut melibatkan 3 orang chef pakar dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) untuk berkongsi resipi istimewa bubur lambuk yang sinonim dengan makanan masyarakat Melayu di Bulan Ramadhan.
Lebih menarik, YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sudi meluangkan masa dalam program gotong-royong penyediaan bubur lambuk kali ini seterusnya mengeratkan lagi hubungan antara agensi dan menteri.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah







Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354