Berita
Ijtimak Penggerak Masyarakat Orang Asli Tahun 2019
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA, BANGI (5 - 7 NOVEMBER 2019) - Bahagian Dakwah melalui Cawangan Kefahaman Islam telah menganjurkan program Ijtimak Penggerak Masyarakat Orang Asli Tahun 2019, bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Program ini dihadiri seramai 240 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Objektif program adalah untuk:
- Pendedahan kepentingan integriti dan profesionalisme serta kesannya dalam dakwah kepada PMOA
- Penyatuan pemikiran dan gerak kerja dakwah dalam kalangan PMOA serta meningkatkan kemahiran-kemahiran lain
- Pendedahan elemen dakwah semasa yang lebih segar kepada PMOA untuk menarik masyarakat Orang Asli memahami Islam yang sebenar.
Antara pengisian adalah sesi diskusi dan perkongsian pengalaman dakwah di pedalaman, slot motivasi, penjelasan perkembangan isu semasa berkaitan dakwah Orang Asli dan penyampaian anugerah kepada PMOA berjasa dan PMOA Terbaik dari setiap negeri. Turut menyerikan majlis adalah persembahan tarian sewang oleh Kumpulan Sewang Sungai Buloh.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM.







Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370