Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
ILIM sebagai Pusat Saringan Bersasar Survelan Covid-19 Komuniti Kampung Dato Abu Bakar Baginda
Bangi, 13 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah dipilih sebagai Pusat Saringan Ujian CV19 secara Pandu Lalu pada 13 Ogos 2021. Saringan COVID-19 secara pandu lalu yang bermula pada jam 9.00 pagi ini dibuka kepada komuniti Kampung Dato’Abu Bakar Baginda sebagai usaha pencegahan selepas berlaku peningkatan harian kes Covid-19 di daerah ini.
Inisiatif ini dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dengan kerjasama dari Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat ADUN Daerah Sepang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Persatuan Penduduk Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda yang membabitkan kapasiti 500 ujian.
Usaha ini juga antara inisiatif kerajaan dalam menggempur COVID-19 dan memudahkan pengesanan Covid-19 di Selangor. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.