Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara

Putrajaya, 6 Jun 2023 – JAKIM dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan Program Kesedaran Antirasuah Pengurusan Halal sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh kefahaman dan kesedaran kepada para juruaudit dan penguatkuasa produk halal dalam memastikan tahap integriti tertinggi pegawai JAKIM dipelihara serta bebas dari rasuah.

Program ini disasarkan kepada warga Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia yang menjalankan tugas pengurusan Pensijilan Halal Malaysia samada di peringkat pemprosesan, pengauditan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi meningkatkan kesedaran atas risiko terdedah kepada isu penajaan dan hadiah, salah guna kuasa, kebocoran maklumat serta pengaruh luar yang mempengaruhi keputusan yang dibuat.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Mohd Zamri Shafik sebagai ahli panel sesi dialog antirasuah ‘Mengenal Pasti Tahap Risiko Rasuah Dalam Industri Halal Negara’ turut menegaskan kepada warganya mengenai Manual Prosedur dan Garis Panduan Pensijilan Halal Malaysia yang perlu dipatuhi tanpa berkompromi dengan rasuah. Turut bertindak sebagai ahli panel adalah Timbalan Pengarah Outreach PenMas SPRM, KPKPj Ab. Muneim Ibrahim yang menekankan mengenai bahaya rasuah.

Terdahulu, sesi dimulakan dengan Sesi Interaksi ‘ADA KE TIADA’ telah dikendalikan oleh KPKPs Effezul Azran Abd Maulop. Matlamatnya adalah bagi memastikan tahap kefahaman peserta berkaitan Integriti, tadbir urus, rasuah dan organisasi. Diikuti slot perkongsian dari bekas pesalah rasuah, Md. Sharizal Che Dan (Castello) bagi menyuntik elemen kesedaran mengenai kesan rasuah.

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara 1 min

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara 2 min

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara 3 min

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara 4 min

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara 5 min

Jakim Komited Memantapkan Agenda Integriti Pengurusan Pensijilan Halal Negara 6 min
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354