Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

JAKIM Menyantuni Kunjungan PLUS Malaysia Berhad

PUTRAJAYA – Sekretariat Majlis Halal Malaysia telah menerima kunjungan daripada wakil PLUS Malaysia Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada 21 Jun 2019.

Lawatan berkenaan bertujuan untuk berkongsi maklumat-maklumat terbaharu berkaitan pensijilan halal Malaysia bagi Skim Premis Makanan.Perkongsian ini adalah penting kerana terdapat premis-premis makanan yang beroperasi di bawah seliaan PLUS Malaysia Berhad di hentian rehat dan rawat (R&R) lebuhraya PLUS.

Dengan tujuan perkongsian maklumat di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi kerajaan dan swasta, lawatan tersebut disertai oleh 2 orang wakil daripada PLUS Malaysia Berhad iaitu Encik Muhammad Fadhlullah Najimudin dari Unit Pembangunan dan Inovasi Kawasan Rehat dan Encik Mior Muhammad Rizal Bin Mior Razak dari unit Pengubahsuaian & Operasi.

Lawatan ini telah disantuni oleh Ketua Penolong Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, YBrs Tuan Mohd Asri bin Abdullah dan beberapa pegawai daripada Sekretariat Majlis Halal dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN PLUS UTAMA 21062019

LAWATAN PLUS 2 21062019

LAWATAN PLUS 3 21062019

LAWATAN PLUS 4 21062019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370