Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

JAKIM Peroleh Kelulusan Akreditasi ISO/IEC 17065

PUTRAJAYA - Tarikh 10 Oktober 2020 menjadi detik bersejarah dan bermakna buat JAKIM apabila memperoleh kelulusan akreditasi ISO/IEC 17065 : Conformity Assessment - Requirements for bodies certifying products, process and services setelah menjalani pengauditan akhir pada 10 September lalu oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).

Melalui akreditasi ini, ia mampu meletakkan JAKIM sebagai badan pensijilan halal yang mematuhi sepenuhnya keperluan, standard dan perundangan yang ditetapkan oleh International Organization for Standardization (ISO) bertaraf dunia seterusnya memperkukuhkan lagi Malaysia selaku peneraju kepada badan pensijilan halal global.

Antara lain, melalui kelulusan dan pengiktirafan bertaraf antarabangsa ini akan membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada produk-produk yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk pergi jauh merentas benua seterusnya menarik lebih ramai usahawan di luar sana untuk memperoleh sijil halal ini.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

JAKIM Peroleh ISO IEC 17065

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354