Berita
JAKIM Santuni Lawatan KIMIA Malaysia
BANDAR BARU ENSTEK - Demi memantapkan lagi hubungan kerjasama dan hubungan antara agensi kerajaan, Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM melalui Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) telah menyantuni lawatan KIMIA Malaysia pada 01 Julai yang lalu di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.
Tujuan utama lawatan yang diketuai oleh YBrs. Puan Roslin binti Abd Bar selaku Pengarah Kanan Pusat Analisis Industri dan Analisis Kastam KIMIA Malaysia tersebut ialah untuk melihat gerak kerja pegawai-pegawai kader KIMIA Malaysia yang ditempatkan di MyHAC seterusnya bagi memastikan mereka sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di pusat analisis halal ini.
Antara lain, lawatan ini dilihat dapat memperkukuhkan lagi pengalaman dan pengetahuan berkenaan proses pensijilan halal dan fungsi Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC). Lawatan yang berlangsung hampir 1 jam dan penuh berinformasi ini telah disambut oleh YBrs Puan Zuraini binti Yahaya, Ketua Pusat Analisis Halal Malaysia.
#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#MusaadahCovid19



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357