Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Jelajah Cakna Syariah 2023: Orang Ketiga Dalam Undang – Undang Jenayah Syariah

25 Mei 2023 | Putrajaya: Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Program Jelajah Cakna Syariah 2023 di Dewan Za’ba, KPT.

Program ini merupakan platform bagi membina ruang ilmiah, kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang kesalahan di bawah Akta/Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah dan hukumannya kepada pelaku yang telah melakukan pelanggaran terhadap undang-undang tersebut.

Antara kandungan Wacana Jelajah Cakna Syariah ini memfokuskan kepada isu yang semakin ‘viral’ dan hangat dibincangkan di media sosial iaitu ‘Orang Ketiga Dalam Undang – Undang Jenayah Syariah’.

Ia juga sebagai pendedahan kepada para penjawat awam yang mana seseorang penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) sehingga hukuman buang kerja dan turun pangkat.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada warga KPT dan Jabatan/Agensi di bawahnya, wakil-wakil JAKIM serta turut dihadiri para peserta daripada lain-lain kementerian.

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah1 min

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah2 min

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah3 min

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah4 min

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah5 min

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah6 min

Jelajah Cakna Syariah 2023 Orang Ketiga Dalam Undang Undang Jenayah Syariah7 min
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354