Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kapsul Penerapan Nilai Murni: Forum “ Skandal & Nikah Sindiket – Apakah Kesudahannya?”

?????????, 26 Oktober 2022 - Program Kapsul Integriti Penerapan Nilai Murni - Forum: Skandal & Nikah Sindiket – Apakah Kesudahannya? telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM dengan kerjasama Cawangan Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Program ini telah berlangsung secara bersemuka di Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan Ibu Pejabat JKDM bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dengan tajuk “Skandal & Nikah Sindiket – Apakah Kesudahannya?” forum ini menampilkan, YBrs. Tuan Muhammad Farhan bin Izhar, Penolong Kanan Pengarah Kastam II sebagai moderator bersama-sama tiga orang panel iaitu YBrs. Tuan Shafezan bin Rusli, Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, YBrs. Puan Haslinda binti Lukman, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan), Bahagian Penguatkuasaan, JAWI dan YBrs. Tuan Bukhari bin Mokhtar, Ketua Unit Tatatertib, Cawangan Integriti, Ibu Pejabat JKDM

Sesi pertukaran cenderamata telah diadakan di antara JAKIM dan JKDM yang mana JKDM diwakili oleh YBhg. Dato’ Abdul Halim bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman) dan JAKIM diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).

Seramai 100 peserta telah hadir secara bersemuka dan 850 peserta hadir secara atas talian.

Forum Skandal Nikah Sindiket 1

Forum Skandal Nikah Sindiket 2

Forum Skandal Nikah Sindiket 3

Forum Skandal Nikah Sindiket 4

Forum Skandal Nikah Sindiket 5

Forum Skandal Nikah Sindiket 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 34
  • Yesterday 26
  • This Week 34
  • This Month 334
  • This Year 372