Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kerjasama BPH JAKIM - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Terus Diperkukuhkan

PUTRAJAYA - Kerjasama dan hubungan antara Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terus diperkukuh melalui sesi kunjung hormat yang berlangsung di Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada 02 Julai semalam.

Kunjung hormat yang berlangsung hampir sejam tersebut bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pensijilan halal Malaysia dan memerlukan pandangan hukum yang jitu dari sudut kefatwaan demi memastikan pelaksanaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kekal berlandaskan Hukum Syarak.

Dalam pertemuan ini, Sahibus Samahah Dr. Luqman Abdullah berkongsi pandangannya selaku Panel Pakar Syariah JAKIM terhadap isu-isu halal yang pernah dibincangkan sebelum ini. Malah, beliau turut menegaskan keperluan jati diri JAKIM sebagai peneraju pensijilan halal yang terkemuka.

Kunjungan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM diketuai oleh Tuan Bukhari Md Akhir selaku Pengarah dan disertai oleh beberapa orang pegawai kanan termasuk dari Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC).

Beberapa kemusykilan telah dikemukakan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan awal dari sudut Hukum Syarak bagi memastikan perjalanan operasi pensijilan halal berjalan lancar.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19Kunjung Hormat BPH ke PJWP 1Kunjung Hormat BPH ke PJWP 2Kunjung Hormat BPH ke PJWP 3Kunjung Hormat BPH ke PJWP 4Kunjung Hormat BPH ke PJWP 5Kunjung Hormat BPH ke PJWP 6

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369