Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kongsi Kepakaran Pengurusan Sijil Halal

Malaysia kini dilihat sebagai peneraju utama dalam industri halal global dengan eko sistem perniagaan halal yang teratur dan menjadi pemangkin kepada sektor halal. Sijil dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya.

Justeru Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menyediakan sokongan penuh dalam mempromosikan proses pensijilan halal terhadap produk dan perkhidmatan menjadi sumber rujukan badan persijilan halal dunia. Menerusi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) telah mengadakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Program yang memfokus kepada topik “The Administration of National Halal Certification Body 2018” itu disertai 5 buah Negara iaitu Kyrgzstan, Maldives, Filipina, Laos dan Afrika Selatan.

Program ini memberi peluang kepada Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam membangunkan ekosistem serta cabaran semasa bagi memastikan sistem pensijilan halal Malaysia sentiasa terkehadapan. Ini sejajar dengan matlamat MTCP yang menekankan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang penting bagi pembangunan sesebuah negara.

Peserta telah didedahkan dengan pelbagai bentuk modul seperti sesi taklimat, perbincangan, ceramah, latihan simulasi bahkan juga dibawa melawat beberapa agensi Kerajaan dan syarikat terpilih seperti JAKIM, Wisma Putra, Malaysian Halal Analysis Centre (MyHAC), Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd., WIPRO-UNZA Sdn. Bhd., CCM Pharmaceuticals (UPHA Pharmaceuticals) Manufactoring (M) Sdn. Bhd. dan dibawa melawat ke Halfest Malaysia Halal Fiesta Malaysia bertempat di MINES Exhibiton & Convention Centre (MIECC).

mtcp1

mtcp2

mtcp3

mtcp4

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363