Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
Konvensyen Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan (KPIK’22)
Bangi, Selangor (16 Ogos 2022) - Peranan JAKIM dalam peyelidikan Islam memang tidak dapat dipertikaikan. Penyelidikan sangat sinonim dengan JAKIM selaku agensi pusat yang membangunkan dasar dan halatuju bagi pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
JAKIM kali ini menganjurkan Konvensyen Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan (KPIK’22) dengan objektif untuk meningkat profesionalisme dan pengetahuan melalui perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan yang dijalankan. Selain itu, dapat memperluas dan memperkasa bidang penyelidikan Islam dalam pentadbiran negara serta mewujudkan rangkaian kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Antara tajuk yang telah dibentangkan pada konvensyen kali ini:
Pembentangan 1: “Penentuan Hukum Plasma Darah dalam Makanan Menurut Perspektif Islam” Oleh: YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pembentangan 2: “Kepenggunaan Haiwan Jallalah Industri Akuakultur di Malaysia” Oleh: YBhg. Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Pembentangan 3: “Mata Wang Kripto (Cryptocurrency) : Satu Analisa Syarak” Oleh: YBhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim ISRA International Consulting
Pembentang 4: “Penggunaan e-Wallet Mengikut Perspektif Syarak” Oleh: YBhg. Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim Universiti Utara Malaysia
Penyelidikan merupakan satu seni dan disiplin untuk menyingkap maklumat atau pengetahuan baharu. Umpamanya, “kalau kita ingin mengetahui kenapa umat Islam mudah terjebak dengan ajaran sesat, kita perlu fikir bagaimana kaedah dan strategi untuk mendapatkan semua maklumat yang kita kehendaki untuk menghasilkan satu kajian yang komprehensif.” Penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, muamalat, falak, al-Quran, hadith, media dan isu kemasyarakatan giat dilaksanakan oleh JAKIM sama ada oleh pegawai-pegawai penyelidik JAKIM mahupun kolaborasi dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi atau libat urus bersama agensi-agensi kerajaan yang berkepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
Majlis perasmian telah diserikan dengan ucaptama dan perasmian oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta pelancaran Portal Maklumat Penyelidikan Islam dan Buku Penyelidikan.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.