Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

KPMBM Diakui Sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah SPHB STM

MELAKA, 4 SEPTEMBER 2025 – Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) secara rasmi diiktiraf sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) bagi Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) dan Sijil Tahfiz Malaysia (STM).

Sesi penyampaian sijil pengiktirafan telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, kepada Pengarah KPMBM, En. Md Zan bin Md Yausuf, dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA.

Pengiktirafan ini membolehkan KPMBM melaksanakan program SPHB yang mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan bidang profesional seperti perakaunan, perniagaan, teknologi maklumat dan lain-lain bidang kemahiran.

Usaha ini selari dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang mahir dalam pelbagai bidang profesional serta memartabatkan al-Quran melalui kerjasama strategik pelbagai institusi pendidikan.

Tahniah kepada KPMBM!

Semoga inisiatif ini menjadi contoh terbaik bahawa ilmu al-Quran dan kecemerlangan akademik dapat digabungkan bagi melahirkan generasi huffaz profesional yang cemerlang di dunia dan akhirat.

KPMBM Diakui Sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah SPHB STM 01

KPMBM Diakui Sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah SPHB STM 02
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354