Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kuliah Fitrah Siri 1

Lawas, 3 Februari 2023 - Menyelusuri sejarah agung Baginda SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj mampu meningkatkan keimanan dan memantapkan kefahaman Islam di sebalik ibrah dan pengajaran yang tercatat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang mulia.

Bagi memberi pencerahan berkaitan salah satu mukjizat junjungan besar SAW ini, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lawas (IKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kuliah Fitrah Siri 1 pada 2 Februari 2023 bertempat di premis ini yang menyasarkan peserta dari kalangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, kakitangan IKL dan kakitangan syarikat swasta.

Perkongsian kisah agung ini telah disampaikan oleh Pengarah ILIM Kampus Lawas iaitu Ustaz Sheikh Hadzrei Adam Bin Seberi. Pada majlis tersebut, Pengarah Kampus berkesempatan menyampaikan amanat dan cenderahati bagi meraikan Cik Nursyazwani binti Borhan iaitu pelajar akhir semester Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) yang mengakhiri latihan indusri di ILIM Lawas. IKL mendoakan semoga beliau sentiasa berjaya dalam setiap bidang yang diceburi sekaligus mampu menabur bakti dan jasa kepada dunia dakwah di bumi Sarawak khususnya pada masa akan datang.

Kuliah Fitrah Siri 1 1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354