Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjung Hormat Ketua Pengarah JAKIM Ke Atas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Mac 2023 -YBhg. Datuk  Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Kunjungan ini turut disertai oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM dan pegawai-pegawai dari Bahagian KSK.

Deligasi JAKIM disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham sendiri bersama dua orang pegawai dari Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Dr. Mohd Ridzwan bin Shahari dan Dr. Khairol Idham bin Zulkifli. Turut hadir bersama Ustaz Mohd Isa bin Abdullah, Ketua Unit Hal Ehwal Islam KKM.

Pertemuan ini memberi fokus utama perbincangan berkenaan penjagaan spiritual kepada pesakit, waris pesakit dan kakitangan  di fasiliti kesihatan KKM selepas projek rintis penjagaan spiritual di Hospital Sungai Buloh dilaksanakan. Kerjasama antara JAKIM dan KKM dalam menyediakan penjagaan spiritual tidak dihadkan di hospital sahaja, malah dicadangkan untuk diperluaskan kepada pesakit yang terlantar di rumah (terminal care). Selain itu, perbincangan ini juga meliputi penyelarasan isu-isu melibatkan kemudahan bagi mendapatkan perubatan kepada guru-guru KAFA di fasiliti kesihatan KKM, penambahan jawatan kader JAKIM di KKM, Hospital Mesra Ibadah (HMI) dan Program Sukarelawan Rakan Masjid dan Hospital (RAMAH).

Pada akhir pertemuan Ketua Pengarah JAKIM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada KKM atas jalinan kerjasama strategik ini, agar ianya berterusan dalam melaksanakan perkhidmatan  bagi memastikan masyarakat berada dalam kehidupan yang sejahtera mental dan fizikal. 

Kunjung Hormat KP JAKIM Ke Atas KP KKM1
Kunjung Hormat KP JAKIM Ke Atas KP KKM2
Kunjung Hormat KP JAKIM Ke Atas KP KKM3
Kunjung Hormat KP JAKIM Ke Atas KP KKM4
Kunjung Hormat KP JAKIM Ke Atas KP KKM5
Kunjung Hormat KP JAKIM Ke Atas KP KKM6

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354