Berita
Kunjung hormat MHM & BPH JAKIM ke Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) perkukuhkan hubungan
CYBERJAYA, 08 Januari - Majlis Halal Malaysia (MHM) dan Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM telah mengadakan kunjung hormat ke Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Kunjung hormat yang diketuai oleh Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu dan hala tuju bagi pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia bagi Skim Peranti Perubatan. Langkah ini merupakan salah satu usaha Pihak Berkuasa Berwibawa Halal bagi memantapkan lagi proses Pensijilan Halal Malaysia selain dapat memberi manfaat kepada pengguna dan industri dalam mendapatkan bekalan dan pasaran produk halal.
Usaha ini akan dapat memperkukuhkan lagi dasar-dasar Pensijilan Halal Malaysia sedia ada selaras dengan hasrat kerajaan bagi memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia di mata dunia.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 31
- Yesterday 26
- This Week 31
- This Month 331
- This Year 369