Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjung Hormat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia

PUTRAJAYA, 10 April 2025 (Khamis) - YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kunjungan ini turut disertai oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM, Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Puan A’azah binti Awang Kechik, Penolong Pengarah Kanan dan Encik Mohamad Syafiq bin Abd Latip, Pegawai Khas TKP(O) JAKIM.

Deligasi JAKIM disambut oleh YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi bersama dua orang pegawai dari Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Dr. Mohd Ridzwan bin Shahari dan Dr. Fadzrul Hafiz bin Johani.

Pertemuan ini memberi fokus utama perbincangan berkenaan kerjasama JAKIM dan KKM dalam melaksanakan perkhidmatan penjagaan spiritual kepada pesakit, waris pesakit dan kakitangan di fasiliti kesihatan KKM. Jalinan kerjasama ini telah dimulakan dengan pelaksanaan projek rintis di Hospital Sungai Buloh. Kedua-dua pihak bersetuju kerjasama ini diteruskan secara integrasi antara penjagaan spiritual dan program Hospital Mesra Ibadah. Perbincangan ini juga meliputi beberapa isu lain antaranya penyelarasan Program Sukarelawan Rakan Masjid dan Hospital (RAMAH).

Pada akhir pertemuan TKP (Operasi) JAKIM menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada KKM atas jalinan kerjasama strategik ini, agar ianya berterusan dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat yang lebih menyeluruh dalam usaha merawat dan memulihkan pesakit merangkumi aspek bio-sosial-psiko-spiritual.  

KUNJUNG HORMAT TKPO KE KKM 01

KUNJUNG HORMAT TKPO KE KKM 02

KUNJUNG HORMAT TKPO KE KKM 03

KUNJUNG HORMAT TKPO KE KKM 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354