Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjung Hormat Yayasan Pelangi Malaysia Ke Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti, JAKIM

PUTRAJAYA, 24 SEPTEMBER 2024 – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menerima kunjung hormat dari Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) yang diketuai oleh Encik Mohd Afiq bin Abdull Manaf (Sukarelawan YAPEL), dan disertai oleh Encik Khairul Asyraf bin Khalid (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEL), Encik Saiful Nang (Sukarelawan YAPEL), Ustaz Shauqi Hasan (Sukarelawan YAPEL), Encik Azman bin Salikin (Pengarah Projek YAPEL) dan Encik Aziq Amri bin Baharudin (Pegawai Perhubungan Awam YAPEL).

Sesi pertemuan dimulakan dengan penerangan ringkas oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian KSK, mengenai fungsi, peranan serta program yang dilaksanakan di Bahagian KSK. Seterusnya, sesi taklimat dari pihak YAPEL mengenai latar belakang serta program dan projek yang telah dilaksanakan YAPEL. Pihak YAPEL turut membentangkan cadangan kerjasama bersama JAKIM.

Hasil pertemuan ini, dapat membuka ruang perbincangan serta kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dengan NGO bagi pelaksanaan program yang lebih terancang. Penghargaan dan terima kasih kepada YAPEL atas kunjungan hormat ini dan diharapkan agar melalui pertemuan ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih baik antara JAKIM dan YAPEL pada masa akan datang.

Yayasan Pelangi 1

Yayasan Pelangi 2

Yayasan Pelangi 3

Yayasan Pelangi 4

Yayasan Pelangi 5

Yayasan Pelangi 6

Yayasan Pelangi 7

Yayasan Pelangi 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364