Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Aqidah Islamiyyah Siri 2

Pada 16 hingga 18 Julai 2019 yang lepas iaitu hari selasa hingga khamis, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Telah mengadakan Kursus Aqidah Islamiyyah Siri 2 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 49 orang yang terdiri daripada penjawat awat telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tungku.

Objektif utama kursus ialah member pendedahan tentang pegangan ahli Sunnah Wal-Jamaah. Mendedahkan isu-isu penyelewengan akidah semasa dan memantapkan pegangan kepercayaan kepada akidah ahli Sunnah Wal-Jamaah. Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.Antaranya ialah Ustaz Abdullah Fadhil bin Astawi, memberikan pengisian tentang “Aqidah, Shariah Dan Akhlah” dan “Perbincangan Isu-Isu Ajaran Salah ”. Ustaz Fahnan bin Abdul Wahab, memberikan pengisian “Asas Aqidah Islam” dan “ Pemantapan Aqidah Ahli Sunnah”. Manakala Ustaz Azlin bin Sari, menyampaikan ceramahnya berkenaan “Sejarah Ahli Sunnah Wal-Jamaah” dan “Ancaman Luar Dan Dalaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah”. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan.

Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Al Aliudin Atal bin Hisyamuddin, selaku Wakil Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu dan diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan bergambar.

Kursus Aqidah Islamiyyah Siri 2 LahatDatu 1

Kursus Aqidah Islamiyyah Siri 2 LahatDatu 2

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370