Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Fiqh Awlawiyyat Dan Maqasid Syariah (Pelan Oerasi Latihan) S48

BANGI, 11 April 2019 – Kluster Turath dan Tamadun Islam (KiTTI), telah menganjurkan Kursus Fiqh Awlawiyyat Dan Maqasid Syariah (Pelan Oerasi Latihan) S48pada 9 hingga 11 April 2019 di Bilik Khawarizmi, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai konsep fiqh awlawiyyat dan maqasid syariah untuk mencapai urus tadbir organisasi dengan lebih baih, membina kemahiran penggunaan kaedah fiqhiyyah dalam menilai, menganalisis serta membuat keputusan yang seimbang terhadap sesuatu perkara dan mempraktikkan konsep ilmu tersebut dalam aspek pengurusan dan penentuan istinbat hokum.

Seramai 18 orang pegawai hal ehwal Islam gred S48 telah menyertai kursus tersebut dan mendapat bimbingan daripada YBhg. Dr. Mohd Soberi bin Awang dan YBhg. Dr. Irwan bin Mohd Subri dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta YBhg. Dr. Mohammad Zaini bin Yahya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara kandungan kursus ini ialah Konsep dan Aplikasi Maqasid Syariah dalam Isu-Isu Semasa, Hubungan antara Maqasid Syariah dan Fiqh Awlawiyyat dan Aplikasi Fiqh Awlawiyyat dalam Isu-Isu Semasa.

Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

 Kursus Fiqh Awlawiyyat Dan Maqasid Syariah POL S48

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 35
  • Yesterday 26
  • This Week 35
  • This Month 335
  • This Year 373