Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Komunikasi Dakwah

Bangi, 19 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah menganjurkan Kursus Komunikasi Dakwah secara bersemuka pada 17 hingga 19 Mei 2022 bersamaan 17 hingga 17 Syawal 1443h. Kursus tersebut telah disertai 25 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Kader JAKIM, Pegawai agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN.

Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada para peserta mengenai konsep, prinsip dan amalan penyebaran maklumat menurut Islam, mempertingkatkan kemahiran para peserta dalam mengenal pasti isu-isu dakwah serta penggunaan pelbagai saluran media untuk menyampaikannya serta menanam kesedaran kepada peserta mengenai keperluan melaksanakan anjakan paradigma dan reformasi dalam kaedah dakwah sesuai dengan tuntutan semasa.

Penceramah yang diundang ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Rosmawati Mohamad Rasit dan YBrs. Dr. Muhamad Faisal Ashaari dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini membincangkan lapan slot berkaitan penulisan. Antara topik yang dikupas ialah Komunikasi Berimpak Tinggi, Peranan Komunikator Islam, Mengenalpasti Isu-isu Dakwah, dan Praktikal e-Poster Dakwah.

Semoga kursus yang bermanfaat ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teknik penulisan dakwah kreatif dan berkualiti serta melahirkan pendakwah yang mahir dengan penulisan kreatif dakwah yang terkini.

Kursus Komunikasi Dakwah 4

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/985-kursus-komunikasi-dakwah

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370