Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Timur Tahun 2019

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah mengadakan Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Timur pada 8 hingga 11 Julai 2019 bersamaan 5 hingga 8 Zulkaedah 1440H bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk mempertingkat profesion penyelia KAFA merangkumi pembangunan aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan kecekapan melalui proses pembelajaran bagi mencapai proses kerja yang efektif seterusnya mampu mewujudkan pengurusan KAFA yang berkualiti.
 
Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini melibatkan seramai 60 orang penyelia KAFA yang terdiri dari negeri Kelantan dan Terengganu. Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua penyelia KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia. Seramai 4 orang penceramah diketuai oleh Puan Jamilah binti Mohd Noor dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Berkualiti dengan Penerapan Nilai dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada peserta.
 
Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, JAKIM.
 
Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Timur Tahun 2019 1
 
Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Timur Tahun 2019 2
 
Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Timur Tahun 2019 3
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370