Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pascaperkahwinan Islam “Fasa Bulan Madu” Peringkat Negeri Johor Anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2023

PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN , 17-19 SEPTEMBER 2023 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu" (usia perkahwinan 0-5 tahun) bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan penyertaan seramai 40 orang peserta (20 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tn Hj Jamaluddin bin A. Hamid, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif program Pascaperkahwinan ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Aku Janji  yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu " 2023. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 8

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 1

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 2

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 3

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 4

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 5

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 6

Kursus pascaperkahwinan negeri johor 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357