Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pemantapan Integrasi ICT Dalam PDP KAFA Daerah Limbang Bagi Siri 3

LAWAS, 17 Julai – Insitut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kampus Lawas melalui Unit Pembangunan Insan telah mengadakan Kursus Pemantapan Integrasi ICT Dalam PDP KAFA Daerah Limbang bagi siri yang ke-3 pada 16 hingga 17 Julai 2022. Program tersebut telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Guru KAFA Daerah Limbang.

Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik dalam mempelbagaikan cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi maklumat semasa untuk menarik minat dan perhatian serta kefahaman anak murid.

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua (2) orang penceramah yang dijemput khas dari Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Cik Nur Izzatul Fitri Zambia bagi mengisi slot Asas dan Teori serta Praktikal Penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Manakala penceramah pada hari kedua pula ialah Cik Husnazilah Rashidi telah mengisi slot Asas dan Teori serta Praktikal Penggunaan Microsoft Excel dan Penggunaan Canva.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat membantu Guru KAFA dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam menyampaikan pengajaran dan juga pembelajaran dalam kelas.

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354