Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal Di Bawah APD 2011 Siri Ke-2/2022 & Majlis Penyerahan Kad Kuasa Penolong Pengawal Perihal Dagangan

BANGI - Melengkapkan sasaran program latihan penguatkuasaan halal bagi tahun 2022, Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM melalui Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan (CPP) dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal Di Bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Siri Ke-2/2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Induk, Bangi Selangor.

Kursus yang berlangsung dari 5 hingga 7 September 2022 tersebut telah dihadiri oleh 41 orang Pegawai dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari CPP, BPH JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ia merupakan kesinambungan daripada kursus siri pertama terdahulu yang diadakan di I-KPKT, Bukit Tinggi Pahang.

Mengambil kira faktor pengurusan kertas siasatan (I.P) yang kritikal dan memerlukan penelitian oleh pegawai penyiasat (I.O), pengisian kursus kali ini menumpukan kepada aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) tugas penguatkuasaan halal, siasatan transaksi dan pelanggaran perundangan subsidiari di bawah APD 2011 dalam talian serta tatacara pengendalian kertas siasatan hingga peringkat pelupusan barang rampasan kes. Pengisian kursus telah disampaikan secara interaktif oleh pegawai-pegawai dari Seksyen Siasatan dan Serbuan, Seksyen Perundangan, Seksyen Harta Intelek dan pengurusan Kompleks Penyimpanan Eksibit, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP.

Kursus siri ke-2 ini melabuhkan tirai dengan disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah BPH JAKIM. Menerusi Majlis Perasmian Penutup tersebut, YBrs. Pengarah BPH menzahirkan harapan bahawa melalui siri-siri latihan yang telah diadakan dengan kerjasama KPDNHEP serta dengan penyerahan Kad Kuasa Penolong Pengawal Perihal Dagangan (PPPD) akan mengukuhkan kualiti dan integriti tugas penguatkuasaan halal dalam kalangan pegawai JAKIM dan JAIN. Penyerahan sebanyak 53 keping Kad Kuasa PPPD kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shamsul Nizam bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP.

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 1

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 2

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 3

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 4

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 5

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 6

www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#JAKIMSejiwa
#AgainstCovid19
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 36
  • Yesterday 26
  • This Week 36
  • This Month 336
  • This Year 374