Jelebu, 21 Oktober 2017- Kursus Pengendalian Latihan Islami 2017 telah diadakan pada 19-21 Oktober 2017 bertempat di Institut Perkaderan dan Pemantapan Akidah Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Goldmind Evolution Sdn Bhd dan disertai oleh 19 orang perunding latihan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) dan Institut Pemantapan & Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM).
Objektif program ini diadakan bagi mengetahui dan memahami “Teknik NLP dan Hipnosis” dalam penyampaian program latihan, memahami dan meningkatkan kemampuan komunikasi secara lebih berkesan dengan mengenali audien melalui personaliti VAKOG dan memahami proses mengunakan kemahiran ‘bahasa badan’, dan teknik H.I.T sebagai media mempengaruhi audien.
Kursus ini telah menyediakan platform yang membolehkan para peserta dinilai oleh perunding latihan yang bertauliah dan pakar dalam bidang penyampaian.
Seramai tujuh peserta telah diiktiraf sebagai A Certified Basic Practitioner of The Lead Professional Learning System oleh International Learning Facilitator dari Excite Learning Consultancy iaitu :
En. Zainudin bin Abd Rahman Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
En Roslan bin Ibrahim Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
En. Muhammad Shahrin @ Sharin bin Zulkiply Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
En. Khairun Nizam bin Abd Samad Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
En. Zaidi bin Edward Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
Y.M Raja Mohd Alias bin Raja Ali Institut Latihan Islam Malaysia, Wilayah Timur (ILTIM)
En Mohd Saidi bin Ab Hamid Institut Latihan Islam Malaysia, Wilayah Timur (ILTIM)
Modul kursus ini adalah berfokuskan kepada penggunaan teknik-teknik Neuro Linguistic Program (NLP) dalam persembahan dan penyampaian perunding latihan. Terdapat lima (5) Elemen asas kepada penyampaian yang berkesan iaitu :
Suara
Perkataan/Personaliti
Emosi
Arah
Kesan
Terdapat tujuh (7) Kaedah Bantu Mengajar dalam menarik minat dan mendatangkan impak yang tinggi dalam penyampaian latihan iaitu :
Story Telling (penceritaan)
Permainan
Analogi
Seni energizer
Seni lagu dan music
Seni gimik.
Seni prop persembahan
Kursus Pengendalian Latihan Islami (KPLI) ini amat sesuai dan menjadi keperluan kepada perunding latihan ILIM, ILTIM dan IPHAM. Kursus ini dicadangkan untuk diadakan pada setiap tahun kepada perunding latihan ILIM, ILTIM dan IPHAM demi memperkasakan ilmu dan teknik keperundingan latihan.
Amatlah diharapkan agar kursus ini telah memberi impak yang tinggi dan besar kepada para peserta agar dapat mengurangkan kebergantungan institusi latihan Islam kepada penceramah atau Perunding Latihan dari luar.
Sesi pencerahan minda bersama Coach Shariman
Sesi energizer bersama Coach Shariman
Sesi energizer bersama Coach Amin
Sesi 10 minit auditing (penilaian)
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.