Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pengurusan Profesionalisme Imam dan Bilal Negeri Kedah

KEDAH (10 - 12 OGOS 2020) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Pengurusan Masjid, Bahagian Dakwah telah mengadakan Kursus Pengurusan Profesionalisme Imam dan Bilal Negeri Kedah pada 10 hingga 12 Ogos 2020 bertempat di Hotel Star City, Alor Setar, Kedah.

 

Kursus ini diadakan bertujuan melahirkan imam dan bilal yang mahir dan berpengetahuan dari segi ilmu agama dan pentadbiran. Selain itu, ia juga sebagai wadah pertemuan dan perbincangan para imam dan bilal berkaitan urusan pengimarahan masjid sekitar negeri Kedah.  Seramai 100 orang peserta terdiri dari Imam dan Bilal dari seluruh daerah di negeri Kedah telah mengikuti kursus ini.

 

Kursus ini telah dibimbing oleh dua orang pegawai dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) iaitu us. Aimaduddin bin kamaludin dan us. Zaidi Edward. Majlis Persamian Penutup kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah iaitu YBhg. Tuan Haji Mohd Yusri bin Haji. Md. Daud. Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Masjid iaitu Ustaz Kamarul Saman bin Yaacub. Semoga semua peserta yang hadir beroleh ilmu yang bermanfaat untuk diaplikasikan kepada anak kariah dan pengurusan masjid sekitar Negeri Kedah.

 

1

 

 

2

 

 

3

 

 

4

 

 

5

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354