Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Penyampaian Khutbah Berkualiti Siri 1

Lahad Datu, 9 Jun - – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Penyampaian Khutbah Berkualiti Siri 1 pada 7 hingga 9 Jun 2022. Kursus yang dijalankan oleh Unit Kefahaman dan Kemahiran ini melibatkan seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Sandakan.

Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik dan cara penyampaian khutbah dengan lebih berkesan melalui sesi ceramah dan juga sesi latihan penyampaian khutbah sebagai satu medan latihan kepada mereka untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti penyampaian khutbah serta membina keyakinan untuk bertutur dengan pelbagai bahasa dan berkomunikasi dengan baik.

Semasa sesi latihan penyampaian khutbah, para peserta telah dibimbing oleh penceramah dan fasilitator mengenai cara penyampaian khutbah dengan lebih baik.

Para peserta telah memberikan maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran yang dilaksanakan. Semoga peserta dapat menyampaikan khutbah di masjid dengan baik dan giat melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian di dalam masjid. Para peserta juga telah diberikan sijil penyertaan pada penghujung kursus yang diadakan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus.

Kursus Penyampaian Khutbah Berkualiti Siri 1 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1003-kursus-penyampaian-khutbah-berkualiti-siri-1

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354