Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Understanding the Meaning of The Qur’an : Fi Zilal al-Quran

BANGI, 14 Mac 2019 – Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan mukjizat terbesar baginda. Al-Quran merupakan manual kehidupan dan petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 9 yang bermaksud : “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (jalan yang sebaik-baiknya.”

Mempelajari al-Quran adalah satu kewajipan. Mempelajarinya bukan setakat cara membaca dan hukum tajwid sahaja malah menerangkan isi al-Quran kepada orang ramai juga adalah suatu kewajipan ke atas umat Islam.

Menyedari hal ini, Institut Latihan Islam Malaysia buat julung kalinya telah memperkenalkan Kursus Understanding the Meaning of The Qur’an : Fi Zilal al-Quran pada tahun ini kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dalam meningkatkan kemahiran dan pemahaman al-Quran dalam bahasa Inggeris.

11 orang peserta siri pertama ini mendapat bimbingan dari Felo Kehormat JAKIM iaitu Prof. Emiritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hassan dalam mengenali Kitab Fi Zilal al-Qur’an dan bagaimana untuk mengambil faedah serta mengambil sudut pandangan yang dibawa oleh Syed Qutb daripada kitab tersebut.

Kursus anjuran Kluster Turath dan Tamadun Islam ini merupakan kursus 2 hari yang telah dirangka dan akan dilaksanakan secara bersiri sepanjang tahun 2019. ILIM berhasrat untuk membuka penyertaan daripada pegawai hal ehwal Islam dari JAKIM serta Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri agar dapat dimanfaatkan dalam misi melebar risalah kepada ummah.

Fi Zilal al Quran1Fi Zilal al Quran2

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 34
  • Yesterday 26
  • This Week 34
  • This Month 334
  • This Year 372