Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Lawatan Akademik Darul Quran Ke Politeknik Behrang

16 November 2021 - Seramai tujuh orang Pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti, Ustaz Abdul Halem Hapiz Solihin telah berjaya mengadakan lawatan akademik ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang Perak Darul Ridzuan. Tujuan utama lawatan akademik ini adalah untuk memperkasakan hubungan dan kerjasama akademik antara Darul Quran JAKIM dan Politeknik Behrang bagi meningkatkan jumlah pengambilan pelajar baharu yang akan mengikuti program tahfiz ini pada masa akan datang.

Lawatan ini mendapat sambutan yang baik oleh pihak pengurusan Politeknik Behrang di mana Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah selaku Pengarah Politeknik Behrang telah berkesudian meluangkan masa bersama-sama dalam menjayakan program lawatan pada kali ini. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua institusi telah membincangkan kerjasama dan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah pelajar yang lulus dan tamat pengajian. Di samping itu juga, isu-isu dan permasalahan serta cadangan penambahbaikan juga turut diutarakan bagi merangka strategi yang berkesan dalam memajukan program ini.

Politeknik Behrang telah melahirkan rasa sukacita diatas lawatan ini dan berharap agar Darul Quran dapat menganjurkan kursus, bengkel, kem hafazan dan sebagainya yang akan melibatkan pensyarah atau pelajar Politeknik Behrang dari masa ke semasa. Darul Quran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Politeknik Behrang atas kerjasama yang diberikan dan mengharapkan agar program tahfiz di Politeknik Behrang berdaya maju seterusnya dapat melahirkan huffaz profesional yang bermanfaat untuk pembangunan negara dan ummah.

Lawatan Akademik Darul Quran Ke Politeknik Behrang
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370