Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DARUL QURAN JAKIM

7 November 2024 – Seramai 15 orang peserta dari Maldives yang menyertai program “Islamic Affairs in Malaysia: Governance & Administration Course 2024” telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran, JAKIM. Mereka diiringi oleh dua pegawai dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), iaitu Puan Norasmah binti Ismail, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, dan Encik Mohd Zaki bin Abdullah Shokri, Pembantu Hal Ehwal Islam.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan input mengenai pengurusan pendidikan tahfiz di Malaysia, khususnya di Darul Quran yang merupakan institusi terkemuka dalam bidang ini. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Kualiti Darul Quran, Ustazah Wan Najmiah binti Wan Mohamad Ali, yang mewakili Pengarah Darul Quran, bersama pegawai-pegawai kanan lain.

Para peserta telah diberi taklimat berkenaan struktur dan program pengajian di Darul Quran serta peranan institusi ini dalam mengembangkan pendidikan tahfiz di Malaysia. Lawatan ini diharapkan dapat memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pihak delegasi dari Maldives dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan pentadbiran hal ehwal Islam antara dua buah negara.


LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 01

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 02

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 03

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 04

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 05

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 06

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI NEGARA MALDIVES KE DQ 07
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369