Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Lawatan Kerja JAKIM ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Kesihatan Malaysia

SUNGAI BULOH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Bahagian Kewangan telah mengadakan program lawatan kerja ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MKAK) pada 08 April 2019.

Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Ustazah Zuraini Yahaya serta turut dihadiri bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Kewangan JAKIM, wakil Cawangan Pengurusan Halal dan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC).

Objektif utama lawatan ini adalah untuk jalinan kerjasama dalam memperoleh pendedahan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan pengurusan bersepadu fasiliti makmal di MKAK sebagai panduan kepada JAKIM.

Wakil JAKIM yang disantuni oleh Ketua Bahagian Kualiti MKAK, Dr. Esah Md. Ali dan Ketua Bahagian Makanan MKAK, En. Abdul Ghani Abu Samah, serta pegawai-pegawai MKAK turut dibawa melawat sekitar makmal selepas sesi perkongsian maklumat, pengalaman dan perbincangan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN JAKIM KE MKAK KKM UTAMA 08042019

LAWATAN JAKIM KE MKAK KKM 2 8042019

LAWATAN JAKIM KE MKAK KKM 3 8042019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357