Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM Ke Projek Pembinaan Blok Asrama Dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Pengurusan Tertinggi JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap aspek pembangunan fizikal Darul Quran. Pada hari ini, YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), telah turun padang untuk melihat sendiri prestasi pelaksanaan projek Pembinaan Blok Asrama dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM.

Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran, Encik Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan JAKIM, pegawai Pasukan Projek Persekutuan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya dan pegawai Darul Quran.

Pihak kontraktor, Kelola Handal Sdn. Bhd. telah memberi taklimat berkenaan status terkini kerja-kerja di tapak bina yang dianggarkan pada tahap 90 peratus. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Februari 2026.

Adalah diharapkan blok baharu ini akan memberi keselesaan buat warga Darul Quran dalam melaksanakan aktiviti Pelajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan.

Lawatan Kerja Rasmi Ke Projek Pembinaan Blok Asrama Dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM 01

Lawatan Kerja Rasmi Ke Projek Pembinaan Blok Asrama Dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM 02

Lawatan Kerja Rasmi Ke Projek Pembinaan Blok Asrama Dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM 03

Lawatan Kerja Rasmi Ke Projek Pembinaan Blok Asrama Dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354