Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Lawatan Penanda Aras SPMM Ke Masjid Taman Temerloh Jaya

LAWATAN PENANDA ARAS (STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA) SPMM KE MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA
 
TEMERLOH, 29 Februari 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah, dengan kerjasama masjid-masjid utama JAKIM telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Masjid Taman Temerloh Jaya, Pahang.

Lawatan tersebut yang diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah dan disertai oleh 14 orang pegawai Bahagian Dakwah dan imam-imam dari Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini bertujuan bertukar pandangan dan pendekatan program pengimarahan masjid serta menyantuni jemaah setempat. Agenda lawatan telah dimulai dengan menyertai solat subuh berjemaah di masjid tersebut.

Kedatangan jumlah Jemaah subuh yang mencecah ratusan orang pada pagi Sabtu tersebut menjadi indikator keberkesanan usaha pengurusan masjid mewujudkan masyarakat setempat yang mencintai masjid.

Taklimat dan perbincangan dengan pihak pengurusan masjid telah diadakan oleh Pengerusi Masjid, Dr. Haji Abdullah bin Ismail. Banyak input yang berharga telah dikongsikan dalam pertemuan tersebut serta diambil perhatian dan akan berusaha untuk mengadaptasikan di masjid-masjid utama JAKIM dan Malaysia umumnya.
 
Lawatan SPMM ke Masjid Temerloh Jaya 1
 
Lawatan SPMM ke Masjid Temerloh Jaya 2
 
Lawatan SPMM ke Masjid Temerloh Jaya 3
 
Lawatan SPMM ke Masjid Temerloh Jaya 4
 
 
 
 
LAWATAN PENANDA ARAS (STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA) SPMM KE MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 36
  • Yesterday 26
  • This Week 36
  • This Month 336
  • This Year 374