Berita
Lunch Talk YB Hajjah Fuziah Binti Salleh Bersama NGO Wanita
Seramai 48 orang daripada 27 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita yang mewakili pertubuhan wanita sosial, rumah perlindungan, rumah pemulihan, pusat jagaan warga emas dan persatuan ibu tunggal telah menghadiri sesi Lunch Talk bersama YB Hajjah Fuziah Binti Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut sama mengiringi YB Timbalan Menteri ialah YBrs. Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM serta YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo; Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM.
Objektif sesi lunch talk ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan perkongsian pintar antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mengoptimumkan sasaran objektif, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti kebajikan sosial terutamanya golongan wanita dengan lebih efektif dan efisien, melebar luas risalah dan menyantuni ummah berdasarkan gagasan Rahmatan Lil Alamin berteraskan Maqasid Syariah mengikut acuan Model Malaysia serta mengeratkan jalinan kolaborasi strategik dalam usaha membendung gejala sosial.
Pentadbiran mesra berasaskan Maqasid Syariah yang menekankan aspek penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta merupakan teras dalam usaha kerajaan menyediakan keselesaan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat, memberikan kemudahan tanpa mengetepikan kelompok minoriti dan berinteraksi dengan semua pihak.
Lantaran itu, sinergi antara dua pihak ini amat penting dalam usaha memastikan masyarakat awam khususnya golongan wanita menerima perhatian yang sewajarnya dan tidak dipinggirkan. Justeru itu, perkongsian pintar ini juga secara tidak langsung dapat meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi khususnya dalam memberikan khidmat kebajikan sosial kepada golongan yang kurang bernasib baik.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354