Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis Amanat Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Bersama Penyelia Dan Guru Kafa Negeri Johor Tahun 2023

Batu Pahat, 28 Oktober- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Bin Mohd Khaled telah hadir menyampaikan amanat beliau kepada lebih 1,000 orang Penyelia dan Guru KAFA dalam Majlis Amanat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Bersama Penyelia Dan Guru KAFA Negeri Johor sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan KAFA Negeri Johor (PKKNJ) Kali Pertama Tahun 2023 bertempat di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading.

Selain itu, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Sa’adi Bin Awang turut sama hadir sebagai wakil kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM. Majlis amanat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta para pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam dan Pegawai Pendidikan Islam Daerah (PPID).

Dalam amanatnya, YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Mohd Khaled mengucapkan penghargaan kepada Guru KAFA atas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada Institusi Pendidikan Islam di Negeri Johor. Beliau juga menyatakan bahawa kebajikan Guru KAFA akan terus dipelihara dan berharap agar persatuan yang telah ditubuhkan akan menjadi salah satu medan untuk membawa suara warga KAFA Negeri Johor terutamanya.

Dalam majlis ini, turut dilancarkan Logo Rasmi bagi Persatuan Kebajikan KAFA Negeri Johor (PKKNJ) yang telah dicipta oleh Guru KAFA daerah Muar, Ustaz Izzuddin Bin Khalidi yang telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Mencipta Logo yang dianjurkan oleh persatuan. Beliau telah menerima Wang Tunai Berjumlah RM1,000.00 dan Sijil Penyertaan.

Di samping itu, YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Mohd Khaled turut berbesar hati menyampaikan mock cheque sumbangan kebajikan daripada persatuan kepada waris-waris Penyelia dan Guru KAFA yang telah meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan.
Akhir sekali, majlis yang dianjurkan ini diharap dapat menyuntik semangat warga KAFA Negeri Johor untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh.

MAJLIS AMANAT

MAJLIS AMANAT 1

MAJLIS AMANAT 2

MAJLIS AMANAT 4

MAJLIS AMANAT 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370