Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis Amanat YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Pelajar Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 2024

6 September 2024 telah berlangsungnya Majlis Amanat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 2024 bertempat di Dewan Dato’ Mohd Shahir , Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Ucapan amanat disampaikan sendiri oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM sepanjang majlis.

Majlis dimulakan dengan penyampaian taklimat perjanjian kepada semua penerima dan ibubapa yang disampaikan oleh Puan Salina binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam. Seterusnya, YB Menteri telah menyampaikan dokumen perjanjian kepada 82 orang penerima yang terdiri daripada seorang pelajar Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia, 61 orang pelajar Sarjana Muda dari Universiti Awam Dalam Negara dan 20 orang pelajar Sarjana Muda Universiti Luar Negara, iaitu dari Mesir, Jordan dan Indonesia. Semua penerima merupakan pelajar hafiz 30 juzuk al-Quran dari pelbagai bidang, seperti Qiraat, Pengajian Islam, Kejuruteraan, Perubatan, Sains dan Sastera.

Antara intipati ucapan YB Menteri, beliau telah menyampaikan lima amanat penting sebagai pedoman sepanjang pelajar meneruskan pengajian, sejajar dengan Pelan Al Falah yang memerlukan keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga semua penerima, para huffaz terus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi bagi memastikan peranan dan tanggungjawab dalam konteks pembangunan negara dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 01

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 02

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 03

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 04

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 05

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 06

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 07

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 08

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 09

MAJLIS AMANAT YB. MENTERI 10
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357