Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana Sempena Gerhana Matahari Separa 2016

Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana Sempena Gerhana Matahari Separa 2016
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) telah menganjurkan Majlis Cerapan dan Solat Sunat Gerhana Sempena Gerhana Matahari Separa yang belaku pada 9 Mac 2016 bersamaan 29 Jamadilawal 1437H.
 
Majlis tersebut turut disertai oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom, Dato’ Ketua Pengarah Jakim dan pegawai-pegawai  Pengurusan Tertinggi Jakim. Orang awam dan kakitangan kerajaan sekitar Putrajaya juga turut tidak terlepas menyaksikan kejadian gerhana yang jarang-jarang berlaku di Malaysia.
 
Majlis dimulakan dengan solat sunat gerhana (kusuf) dan diakhiri dengan aktiviti cerapan gerhana. Beberapa buah teleskop dan peralatan teodolit disediakan untuk pengunjung bagi memudahkan aktiviti cerapan disamping memperkenalkan bidang falak dan astronomi kepada masyarakat awam dengan lebih dekat. Gerhana matahari seterusnya dijangka berlaku pada tahun 2019 di Malaysia.
 
Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana 2016 1
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyaksikan gerhana matahari separa
 
Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana 2016 2
Orang awam tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari separa
 
Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana 2016 3
Orang awam yang menyertai aktiviti cerapan
 
Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana 2016 4
 
Majlis cerapan dan Solat Sunat Gerhana 2016 5
Pasukan pencerap dari Jakim dan JUPEM

* Gambar ehsan Jupem

 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354