Berita
Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023M / 1444H
Kedah, 15 Julai 2023 - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Majlis Ihtifal KAFA Tahun 2023M / 1444H bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK iaitu Yang Berbahagia Dato' Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim mewakili Pengarah JHEAIK.
Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dan Guru-guru KAFA yang mengambil bahagian di dalam majlis tersebut. Dalam ucapannya lagi, beliau menyatakan bahawa dengan adanya program tersebut, secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan murid-murid KAFA Negeri Kedah.
Majlis Ihtifal KAFA merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi mempertingkatkan Agenda Pendidikan Anak-anak Islam supaya bakat mereka dapat digilap seiring dengan Pemacu Arus Perdana Pembangunan Modal Insan agar dapat diperkasakan dengan jayanya dari semasa ke semasa mengikut transformasi Malaysia Madani.
Antara acara yang dipertandingkan adalah Khat, Tulisan Jawi, Bercerita Kisah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Tilawah Al-Quran dan Nasyid. Daerah Baling telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. Johan bagi setiap acara akan dibawa ke peringkat seterusnya iaitu Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan (IKK) yang akan diadakan pada 25 -27 Ogos 2023 di Negeri Sembilan.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354