Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis Peluncuran Prospektius Dan Jurnal Darul Quran Bil 28 Tahun 2024

5 FEBRUARI 2025 – Darul Quran telah menerbitkan Prospektus sebagai dokumen utama yang menyalurkan maklumat berkaitan Darul Quran JAKIM sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi Tahfiz negara untuk membangun dan memperkasakan pendidikan tahfiz arus perdana. Selain itu , Darul Quran juga telah menerbitkan Jurnal Darul Quran Bil. 28 Tahun 2024.

Hari ini, dua buah buku terbitan Darul Quran ini telah diluncurkan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dalam Majlis Amanat dan Perhimpunan Bulanan JAKIM yang diadakan di Auditorium JAKIM, Putrajaya.

Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah b. Mohd Hashim dan Pengarah-pengarah Bahagian.

Semoga peluncuran Penerbitan Prospektus dan Jurnal Darul Quran ini dapat membantu masyarakat mengenali Darul Quran lebih dekat selain berperanan sebagai medium dakwah yang berkesan serta memperkasakan lagi institusi pendidikan tahfiz di negara ini.

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 01

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 02

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 03

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 04

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 05

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 06

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 07

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 08

MAJLIS PELUNCURAN PROSPEKTOR DAN JURNAL DQ 09


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357