Majlis Perasmian Program Cakna Halal: Pemerkasaan Ekosistem Halal Negara

 

 

 

Sekitar Majlis Perasmian Program Cakna Halal: Pemerkasaan Ekosistem Halal Negara yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara bersama Bahagian Hab Halal JAKIM yang berlangsung di Sama-Sama Hotel, KLIA, Sepang, Selangor.

Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Prof Datuk Dr. Raduan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara itu bertujuan untuk mengambil inisiatif bagi membantu mengukuhkan peranan Universiti Awam dala

memperkasakan ekosistem dan agenda halal negara melalui satu perbincangan meja bulat yang dinamakan Program Cakna Halal: Pemerkasaan Ekosistem Halal Negara.

Hasil daripada perbincangan meja bulat ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi sinergi kerjasama antara universiti awam dengan JAKIM, seterusnya menjadi platform bagi semua pihak yang berkepentingan dalam pembangunan industri halal Malaysia.

*Ikuti suasana sekitar majlis di:-

http://bit.ly/ProgramCakna

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Khamis, 26 November 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 83
  • Yesterday 127
  • This Week 585
  • This Month 1576
  • This Year 3874