Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis Perhimpunan Bulanan ILIM bil 4.2020 Secara Maya

Bangi, 20 November - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang pelaksanaan program-program Jabatan, malah dapat menjana usaha-usaha yang kreatif dan inovatif di kalangan warga ILIM.  Liputan program majlis yang diadakan pada 20 November 2020 melalui video conferencing di ILIM Kampus Utama Bangi turut disertai oleh mereka yang berada di luar pejabat khususnya di Kampus Jelebu, Besut, Kundasang, Lawas dan Lahad Datu.

Majlis perhimpunan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Nordin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM. Ketika berucap beliau telah menegaskan kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang ini.  Antara ucapan lain ialah menyeru semua warga ILIM agar sentiasa memikirkan idea-idea terkini yang kreatif dan inovatif dengan merekayasakan (reengineering) teknologi maklumat dan digital dalam menjayakan tugasan.

Pada majlis ini juga, ILIM mewujudkan inisiatif “ILIM PRIHATIN” yang berperanan sebagai platform pendanaan bagi memudahkan warga ILIM yang ingin menyalurkan sumbangan dalam bentuk bantuan keperluan asas, wang tunai dan peralatan. 

Semoga dengan pelaksanaan projek ini menjadi bukti keprihatinan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam meneruskan kehidupan di samping membawa keberkatan kepada para penyumbang.











Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381